Tuesday, July 18, 2017

IMPIAN SEORANG BAPA KEPADA ANAKNYA

Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini saya akan berkongsikan iklan thailand berkenaan dengan insurans.




Iklan ini berkisahkan tentang seorang bapa tunggal yang berusaha sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan dan memberi keperluan yang secukupnya untuk anak perempuannya yang masih bersekolah walaupun kehidupan mereka susah.

Beliau terpaksa berlakon dan menipu di depan anaknya bahawa beliau mampu menyara anaknya namun itu adalah sebaliknya. Beliau memakai pakaian seperti bekerja di pejabat besar. Berbelanja dengan makan di restoran yang mewah, membeli makanan dan keperluan anaknya,meluangkan masa bermain dan mengajar anaknya.

Namun disebalik itu, beliau berusaha dengan keras untuk mendapatkan kerja tetapi tidak dapat kerana beliau tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Oleh itu, beliau terpaksa melakukan 2,3 pekerjaan dalam satu hari. Seperti mencuci pintu cermin kedai, mengedarkan brosur, mengangkat barang2 yang berat, mencuci tandas dan pinggan mangkuk di kedai makan. Beliau bekerja keras demi menyekolahkan anaknya supaya anaknya berjaya dalam kehidupan. Lama kemudian, anak beliau sendiri mengetahui perkara yang sebenarnya dan anaknya memahami keadaan bapanya...





Monday, July 17, 2017

PRINSIP - PRINSIP INSURANS

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Prinsip - prinsip insurans terdiri daripada tiga:

1. Kepentingan Boleh Insurans.
2. Penuh Percaya Mutlak.
3. Indemniti



Kepentingan Boleh Insurans
  • Tidak boleh insuranskan harta atau nyawa orang lain.
  • Hanya boleh insuranskan nyawa/harta yang akan menyebabkan kerugian jika berlaku risiko.
  • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Penuh Percaya Mutlak
  • Insured mesti memberi maklumat benar.
  • Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas.
  • Jika ada penipuan, polisi akan terbatal.


Indemniti
  • Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan.
  • Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko.


1. Sumbangan
  • Jika insured ada 2 atau lebih polisi
  • Bila risiko berlaku - gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans.

2. Subrogasi
  • Selepas terima gantirugi, aset adalah milik insurer.
  • Insured tidak boleh tuntut lagi.

3. Doktrin Punca Hampiran
  • Gantirugi hanya dibayar jika risiko disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan.

Tuesday, July 11, 2017

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

 APA ITU TAKAFUL?


Takaful adalah kata terbitan bahasa arab "kafala" yang bermaksud "jamin" dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu terhindar daripada unsur Riba' (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat daripada unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru' (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep "Mudharabah" dan "Wakalah"

Dalam konteks Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang deberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai takaful di sini 




PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:
  


1.HUKUM


Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka memberi polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat insurans adalah haram.



2.KONTRAK ASAS YANG DIGUNAPAKAI


Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu'awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru') 



3.KONTRAK-KONTRAK LAIN


Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)


4.TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

 
5.SALURAN PELABURAN

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.



6.PERJALANAN OPERASI


Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi perniagaan insurans konvensional. 



Monday, July 10, 2017

APA ITU INSURANS?

INSURANS




APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI INSURANS ??

Secaranya mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans.




KONSEP INSURANS

Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan.
Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum itu. Dengan cara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.




KEPENTINGAN INSURANS



Kepentingan Kepada Individu

  • Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko Kecurian, Kerosakan dan Kemalangan.
  • Melindungi masa depan keluarga
  • Menabung untuk masa depan.

Kepentingan Kepada Peniaga
  • Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.

Kepentingan Kepada Negara
  • Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi.
  • Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.



Video tentang Kepentingan Insurans

Tuesday, July 4, 2017

TENTANG DIRI SAYA

Assalamualaikum dan hai semua yang membaca.. 


         Nama saya Kamelia Qistina binti Kamarul Azman. Nama gelaran Kamy. Saya dilahirkan pada 4 April 2000. Umur saya 17 tahun. Saya dilahirkan di Putra Medical Centre.Saya tinggal di Sg.Buloh,Selangor Saya bersekolah di Kolej Vokasional Seri Iskandar. Saya mengambil jurusan bisnes Insurans.


         Saya merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Nama adik saya Arif Iskandar. Adik saya berumur 12 tahun.Nama ayah saya Kamarul Azman dan nama ibu saya Norliza. Hobi saya ialah melayari media sosial seperti Instagram dan Whatsapp.


          Cita-cita saya ialah ingin menjadi model muslimah yang terkenal. Matlamat saya ialah berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi orang yang berjaya serta  mempunyai kerjaya yang bagus dan kerjaya yang tetap. Insyaallah.

IMPIAN SEORANG BAPA KEPADA ANAKNYA

Assalamualaikum dan hai semua, Hari ini saya akan berkongsikan iklan thailand berkenaan dengan insurans. Iklan ini be...