INSURANS
APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI INSURANS ??
Secaranya mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah menanggung nyawa individu seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans.
KONSEP INSURANS
Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko. Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan.
Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum itu. Dengan cara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.
KEPENTINGAN INSURANS
Kepentingan Kepada Individu
- Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko Kecurian, Kerosakan dan Kemalangan.
- Melindungi masa depan keluarga
- Menabung untuk masa depan.
Kepentingan Kepada Peniaga
- Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.
Kepentingan Kepada Negara
- Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi.
- Insurer dapat menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.
Video tentang Kepentingan Insurans
No comments:
Post a Comment